Grab PSV : Cara Memohon PSV dan Puspakom Untuk Grab Dan E-Hailing Lain (TERBARU OKTOBER 2019)

GRAB PSV V2 (UPDATE 7hb OKT 2019)

Setelah beberapa posts yang kita update sejak beberapa bulan lepas dari Malaysia lama ke Malaysia baru, akhirnya Lesen Public Service Vehicle (PSV) telah diwajibkan secara rasmi oleh Pihak Grab.

Dengan sukacita/dukacitanya, saya akan cuba sedaya-upaya untuk meringkaskan artikel yang diumumkan oleh Grab di bawah. Sekarang saya akan share artikel rasmi di bawah, cuba baca dan hadamkan dahulu. Nanti saya akan terangkan secara ringkas dan kos-kos yang diperlukan.

Sila ambil perhatian bahawa ada peraturan yang belum 100% diluluskan seperti lesen untuk pemandu OKU.

[12hb JULAI 2019] Harap maklum, Kementerian Pengangkutan telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh luput untuk pemandu mendapat Lesen PSV sehingga 11hb Oktober 2019. Walaubagaimana pun, anda tidak patut TANGGUH lagi dan lengkapkan kursus PSV dan pemeriksaan kenderaan anda secepat mungkin.




Perkara yang boleh dijangkakan daripada peraturan e-hailing baharu
Semua rakan-pemandu Grab dikehendaki mematuhi peraturan e-hailing baru yang akan berkuatkuasa mulai 11hb OKTOBER 2019. Di sini anda boleh mendapati segala maklumat mengenai syarat kawal selia untuk rakan-pemandu e-hailing serta kos yang berkaitan. Kami faham bahawa proses ini agak mencabar, namun kita akan melaluinya bersama.

[UPDATE APRIL2019: Cara Memohon Grab EVP Dan Claim Subsidi Kos Dari Grab]
Kalau anda telah berjaya lesen PSV dan lulus semakan PUSPAKOM. Anda boleh mula memohon EVP (E-Hailing Vehicle Permit) melalui form di bawah. KOS EVP RM115, PUSPAKOM RM70, MEDICAL RM20 akan ditanggung oleh Grab selepas anda mengisi borang di bawah. 

Borang Permohonan EVP(E-Hailing Permit) dan Pakej Pikul

Syarat-syarat untuk menjadi rakan-pemandu e-hailing


1. Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)
Rujuk post di bawah cara mengambil Kursus PSV.

2. Pemeriksaan Kesihatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan lesen PSV.
Purata RM50-80 (Boleh Claim RM20 Dari Grab, check post di bawah)
(Panel Klinik Grab - Klinik Lourdes RM50-80 (UPDATE 1st OCTOBER 2019)

3. Pemeriksaan Kereta PUSPAKOM
Kenderaan e-hailing yang berusia lebih daripada 3 tahun mesti menjalani pemeriksaan awalan PUSPAKOM. Ia juga perlu menjalani pemeriksaan susulan setiap tahun.
RM70 (Boleh Claim dari Grab, check post di bawah)

4. Insurans e-hailing
Anda perlu menambah insurans e-hailing selain daripada polisi insurans motor persendirian sedia ada bagi memastikan anda sentiasa dilindungi ketika berada di jalan raya.
Purata RM100-400 setahun bergantung pada syarikat insuran.

Jumlah kos untuk semua langkah-langkah di atas: RM100-400 (Insuran E-hailing sahaja)
(termasuk kos EVP) selain itu akan ditanggung oleh Grab.

*EVP adalah Electronic Vehicle Permit. Maklumat lanjut tentang EVP di soalan lazim di bawah.

6 Langkah Untuk Pendaftaran Lesen PSV

Harap maklum bahawa langkah-langkah yang tertulis dibawa adalah berdasarkan maklumat yang tersedia ada buat masa kini dan tertakluk kepada perubahan. Kami akan mengemaskini soalan lazim dan memberi lebih penjelasan apabila kami memperoleh lebih maklumat.

Langkah 1: Print dan Isi Borang Medical JPJ
Muat turun dan isikan bahagian A-E borang pendaftaran JPJ L8A (kesihatan) di sini
http://bit.ly/grabmy_JPJL8A

Bawa borang ke Klinik, Nurse akan ajar anda cara isi borang tersebut. Simpan Borang Medical dengan baik jika anda nak ambil kursus PSV di sekolah memandu nanti. Kalau daftar kursus PSV di Institut Memandu, serahkan borang medical kepada kaunter institut memandu.

Langkah 2: Dapatkan Pemeriksaan Medical di Panel Klinik Berdekatan
Kunjungi klinik berhampiran untuk melengkapkan seksyen F di dalam borang JPJL8A iaitu pemeriksaan kesihatan PSV. Anda boleh dapatkan borang ini di klinik. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan subsidi kos pemeriksaan kesihatan untuk anda. Tekan sini untuk senarai klinik yang telah disubsidi.
List untuk Klink Panel (KLINIK LOURDES RM50-80)
https://www.grab.com/my/beratsamadipikul-medical-subsidy-bm

Langkah 3: Dapatkan Pemeriksaan PUSPAKOM
HANYA untuk kereta yang berusia 3 tahun ke atas (Mengikuti Tarikh Pendaftaran dalam Grant JPJ).

Ketahui pusat PUSPAKOM berhampiran anda, di sini.
http://www.puspakom.com.my/branches/

Book Appointment PUSPAKOM anda melalui link di bawah supaya anda tidak perlu beratur lama sangat. (Walk in 2-4 jam, Book online 1-2 jam).
Ikut langkah dan prosedur ditulis dalam link PUSPAKOM.
https://www.mypuspakom.com.my/

Panduan Mengisi Pendaftaran MyPuspakom(WAJIB BACA)
https://www.grab.com/my/blog/driver/panduan-pendaftaran-mypuspakom/

Alatan keselamatan diperlukan untuk Puspakom:
  1. Pemadam api (1kg) - Jenis Powder ABC (RM40-60)
  2. Peti kecemasan (Untuk Kereta 7-Seater ke atas sahaja)
  3. Tanda amaran segi tiga 
Spesifikasi 3 alatan keselamatan di atas boleh rujuk page ini:
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:MKPNIqRAukQJ:www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Buku-Panduan-Pemeriksaan-Kenderaan-E-Hailing_-100419.pdf+&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my

Semua benda di atas boleh dibeli di LAZADA, Mr.DIY, Ace Hardware, FIRE FIGHTER, SRI dll.

Kalau anda BUKAN pemilik kenderaan, anda boleh mengambil borang contoh di bawah dari pondok di PUSPAKOM. Isi dan hantar balik kepada pegawai bertugas.
http://www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2017/11/borang_pelepasan_tangunggan.pdf 

PERHATIANTips dari group pemandu admin, perkara yang sensitif.
1)Tinted gelap (Mengikuti spec yang diumumkan JPJ MAY2019)
2)Handbrake/Rear Brake - Tarik 3-klik, Gear letak D. Kalau kereta bergerak = GAGAL. Suruh foreman anda nak hantar inspection PUSPAKOM dan service/setting handbrake ke 3-klik, bukan 1-klik (terlalu ketat). Kalau tukar brake pad baru, jangan rush ke PUSPAKOM, pastikan anda break-in pad tersebut. Drive sini-sana dan break in pad baru anda.
3)Absorber dan Tayar Pressure. Rendahkan tayar pressure anda ke 180-190kpa.
4)Alignment dan balancing. Anda dinasihatkan membuat aligment dan balancing 1 hari sebelum pemeriksaan PUSPAKOM untuk mendapatkan perfect result.
5)Hantar kereta disemak oleh mekanik yang uruskan teksi. Mereka lebih berpengalaman dalam melepasi ujian PUSPAKOM.


Langkah 4: Kursus PSV di Sekolah Memandu atau Grab GDC.
Selepas anda siap Medical Check dan PUSPAKOM(Jika Ada), submit resit di borang Pakej Pikul dan EVP di bawah.
Borang Permohonan Pakej Pikul, ePSV dan EVP Dari Grab

Kursus ePSV Grab telah ditutup atas perjanjian dengan Kementerian Pengangkutan. Mulai 1hb Oktober 2019. Semua pemandu baru/lama WAJIB membuat kursus Lesen PSV melalui dua cara di bawah:

1)Sekolah Memandu Di Kawasan Anda (Harga dan alamat dalam link)
Kepada Pemandu yang ingin mengambil kursus PSV dengan Institut Memandu. Boleh rujuk lokasi dan senarai harga dalam link di bawah:
https://www.grab.com/my/beratsamadipikul-driving-school-subsidy-bm/

2)Kursus Lesen PSV dengan Grab GDC Kawasan SELANGOR sahaja (Harga RM80)
Untuk Pemandu Lama - Isi borang di bawah:
http://grb.to/gdcpsvclass

RM80 akan ditolak dari Grab Credit Wallet anda. Sila baca syarat dalam borang dengan teliti.

Untuk Pemandu yang belum daftar. Anda perlu daftar dengan borang Pemandu Grab Driver dahulu. Admin akan hantar link PSV untuk Pemandu baru nanti.

Borang Pendaftaran Grab Driver Untuk Android/IOS:
http://daftar.grabdrivermy.com


http://bit.ly/grabmyreg_klselangor

Check status nama anda dengan link di bawah/
grb.to/JPJBlacklist

Pemandu umur kurang dari 21-tahun atau blacklisted TIDAK layak mengambil LESEN PSV.

[PERHATIAN] Sekiranya anda telah mendaftar Kursus ePSV di dalam Aplikasi Grab Driver dan  ingin mendaftar kursus PSV di Institut Memandu atas biayaan sendiri.

Anda PERLU mengisi borang di bawah supaya Grab akan mengeluarkan pendaftaran ePSV anda dari sistem JPJ.
http://grb.to/release_form


Langkah 5: Tambahkan Insurans E-Hailing
Rujuk pada agen insuran kereta anda dan tunggu maklumat lanjut akan datang.

Untuk Insuran Dari Grab (Grab Daily E-Hailing Insurance)
  • Anda cuma membayar insuran bila anda online (Untuk Setiap 24-Jam)
  • Semua booking akan dilindungi oleh insuran ini
  • Anda boleh opt-in dalam App bermula bulan Julai 2019
  • Anda boleh memilih untuk mengambil insuran tahunan atau opt-in dengan Grab untuk insuran flexible
  • Insuran flexible ini harga bermula dari RM1-2/hari bergantung kepada syarikat insuran. Anda perlu ada insuran polisi dengan insuran panel Grab untuk layak.

Untuk maklumat lanjut cara opt-in dan panel insuran. klik link di bawah:
https://www.grab.com/my/daily-insurance-bm/

Langkah 6: Memohon Grab EVP(E-Hailing Vehicle Permit) anda
Setelah anda telah lulus mendapat Lesen PSV dan Sijil Puspakom. Anda perlu submit Kad PSV dan Sijil Puspakom dalam borang di bawah.

Borang Permohonan Pakej Pikul dan EVP Dari Grab

Rujuk post untuk panduan EVP dan Pakej Pikul Grab
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/05/pakej-pikul-grab.html

SOALAN LAZIM

APA ITU PSV?
Rujuk post saya yang saya tulis sebelum ini
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/01/grab-psv.html

SAYA PART-TIME SAHAJA. ADAKAH SAYA PERLU MOHON PSV DAN PUSPAKOM JUGA?
Lesen PSV dan PUSPAKOM adalah wajib di sisi undang-undang walaupun you drive 3-jam SETAHUN. Sama seperti anda hanya pandu kereta Sabtu Ahad, hari biasa naik bas MRT. Sama juga anda perlu ada Lesen Memandu.

KENAPA GRAB MENYUSAHKAN PEMANDU UNTUK MENGAMBIL LESEN PSV?
PSV ini bukan ditetapkan oleh Grab. PSV ini adalah di bawah arahan Kementerian Pengangkutan, JPJ, SPAD, PUSPAKOM dan pihak berkuasa berkenaan. Selama 4 tahun Grab beroperasi di Malaysia, tidak pernah sekali pun Grab menggesa pemandu Grab mengambil lesen PSV.

Tetapi sejak isu-isu PRU dan penukaran kerajaan tahun 2018, kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk menekan pemandu-pemandu Grab di Malaysia padahal pemandu-pemandu Grab sedang mengalami desakan hidup masing-masing.
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/03/grab-mot-anthony-yb-loke-siew-fook.html

PEMERIKSAAN PUSPAKOM(PENTING!)
1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pemeriksaan Puspakom?
Anda perlu membawa salah satu dokumen berikut:
  • Kad Pendaftaran Kereta yang ORIGINAL (Grant Kereta) - Kalau tak ada/hilang, print di cawangan JPJ, harga RM5.
  • Salinan Kad Pendaftaran Kereta yang telah diperakui
  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan yang telah diperakui

2. Apakah kereta yang layak untuk dipandu sebagai kenderaan Grab selepas penguatkuasaan peraturan e-hailing baharu?
Semua kereta yang digunakan untuk e-hailing perlu mempunyai sekurang-kurangnya penilaian tiga bintang ASEAN NCAP atau setaraf dengannya. Setakat ini, semua kereta yang diterima dalam platform Grab memenuhi piawaian ASEAN NCAP.  (PERODUA AXIA DITERIMA sebab mempunyai 3 bintang ASEAN NCAP)

Walau bagaimanapun, trak pikap tidak dibenarkan menjadi kenderaan e-hailing kecuali di Sabah & Sarawak. (Sorry guys)

3. Adakah kereta hatchback (Perodua Axia, Perodua Myvi) layak?
Asalkan kereta itu mempunyai penilaian minimum tiga bintang ASEAN NCAP, ia adalah layak. (rujuk di atas)

4. Adakah setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM?
Tidak. Hanya kereta yang berusia 3 tahun ke atas mengikuti tarikh pendaftaran dalam Grant Kereta perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.

5. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk pemeriksaan kereta?
Yuran RM70+SST akan dikenakan untuk pemeriksaan kereta kali pertama. RM25+SST untuk kali kedua jika gagal. Setiap pemeriksaan tahunan berikutnya akan dikenakan RM55+SST.

6. Di manakah saya boleh membawa kereta saya untuk pemeriksaan?
Kunjungilah pusat PUSPAKOM berdekatan anda. Ketahui lokasinya di sini.
http://www.puspakom.com.my/branches/

7. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk pemeriksaan kereta?
Selepas pendaftaran, pemeriksaan mengambil masa satu jam (Book appointment online) atau walk-in mana-mana cawangan PUSPAKOM.
http://www.puspakom.com.my/faq/

8. Apakah sebenarnya yang diperiksa oleh PUSPAKOM?
Untuk kereta yang berusia lebih 3 tahun, PUSPAKOM akan membuat pemeriksaan berikut:

Semak pengenalan kenderaan
Luaran dan dalaman kenderaan
Pemeriksaan pendaratan
Pemeriksaan cermin gelap
Sila rujuk sini untuk senarai semakan yang lengkap.
http://www.puspakom.com.my/pemeriksaan-kenderaan-e-hailing/

9. Apakah peralatan yang perlu ada di dalam kereta saya?
Pemadam api (1kg)
Peti kecemasan (untuk kenderaan 8 tempat duduk) Admin guna Alza 7-seater tak perlu.
Tanda amaran segi tiga

10. Adakah saya dibenarkan untuk meletakkan sebarang iklan pada kereta saya?
Balut kereta dan iklan pada kereta adalah dibenarkan untuk kenderaan e-hailing yang berdaftar dan yang telah diluluskan sehingga notis selanjutnya daripada JPJ.



INSURAN E-HAILING
Kebanyakan syarikat insuran mempunyai insuran tambahan untuk e-hailing. Sila check dan pastikan syarikat insuran anda di bawah panel Grab.
https://www.grab.com/my/daily-insurance-bm/

1. Adakah saya perlu mendapatkan insurans e-hailing jika saya sudah mempunyai insurans motor persendirian?
Ya, anda perlu mendapatkan insurans e-hailing sebagai tambahan ke atas polisi insurans motor yang sedia ada.

2. Mengapakah saya perlu mendapatkan insurans tambahan e-hailing?
Insurans e-hailing adalah tambahan kepada insurans motor persendirian anda. Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing. Ini turut meliputi kehilangan atau kerosakan kenderaan, liabiliti untuk penumpang dan pihak ketiga, dan juga sebagai perlindungan kemalangan semasa anda sedang beroperasi sebagai pemandu e-hailing.

3. Bagaimana untuk mendapatkan insurans e-hailing?
Anda perlu merujuk kepada syarikat insurans yang digunakan untuk insurans motor persendirian anda. Kami akan mengumumkan syarikat insurans yang menawarkan insurans e-hailing dalam minggu akan datang.

4. Berapakah bayaran yang akan dikenakan?
Anggaran bayaran untuk insurans e-hailing adalah RM250-400 setahun.

PERMIT E-HAILING (GRAB EVP)
Ini masih tengah proses. Sementara ini tunggu sehingga maklumat lanjut diumumkan.

1. Saya baru menerima PSV. Apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk pandu dengan Grab?
Rakan-pemandu perlu mendapatkan Permit Kenderaan Elektronik (EVP – Electronic Vehicle Permit). Grab akan memohon daripada APAD untuk EVP bagi pihak rakan-pemandu kami. APAD akan mengendalikan semakan latar belakang sebelum mengeluarkan permit.

2. Apakah itu  Permit Kenderaan Elektronik (EVP)
Pengendali E-hailing (EHO) perlu memohon untuk EVP untuk melantik rakan-pemandu ke dalam platform. Kos untuk setiap EVP adalah RM115. (KOS RM115 GRAB AKAN TANGGUNG UNTUK ANDA)

3. Adakah saya perlu memperolehi Lesen Kenderaan Motor (LKM)/ cukai jalan baharu?
Anda tidak perlu mendapatkan LKM, tetapi anda perlu menukar kod kenderaan kepada kod e-hailing persendirian (AH). Ini boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ tanpa sebarang kos. Anda perlu membawa JPJK8, borang pengemaskinian kenderaan dan pemilik (Pind.1/2016) dan borang JPJ -EH1 (borang deklarasi).

4. Jika saya ditahan ketika membawa penumpang, bagaimana untuk mengesahkan bahawa saya adalah rakan-pemandu e-hailing?
Pelekat e-hailing akan dikeluarkan kepada semua rakan-pemandu. Pelekat e-hailing mesti dipaparkan pada kenderaan setiap masa. Anda juga perlu mempamerkan EVP, PSV, aplikasi Grab dan cakera Puspakom (jika kenderaan melebihi 3 tahun).

RAKAN PEMANDU OKU - PSV Untuk OKU
Kementerian Pengangkutan Malaysia telah meluluskan PSV untuk OKU dan syarat kelayakan permohonan lesen PSV akan dipinda untuk membenarkan pemandu OKU menjadi pemandu e-hailing.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-psv-untuk-pemandu-e-hailing-oku-1.917403

1. Adakah rakan-pemandu OKU layak untuk memohon PSV?
Walaupun Menteri Pengangkutan menyokong rakan-pemandu OKU untuk terus menjadi rakan-pemandu e-hailing, namun borang JPJ L8A sedia ada belum lagi dikemaskinikan. Walaupun begitu, kami akan terus bekerja dengan pihak berkuasa yang berkenaan agar rakan-pemandu OKU boleh terus memandu dengan kami.

LAIN-LAIN
1. Adakah saya perlu menukar status“GERAN KERETA” saya daripada kereta persendirian kepada “teksi e-hailing”?
Kementerian Pengangkutan mengumumkan pemandu tidak perlu tukar status kereta pada bulan MEI2019. Bulan OKT2019, JPJ menyatakan bahawa status kereta perlu ditukar di Cawangan JPJ tanpa bayaran. Sila tunggu pengumuman rasmi dari Grab melalui Grab Notification/Email/SMS.

2. Adakah saya perlu memakai pakaian seragam tertentu sebagai rakan-pemandu e-hailing?
Tidak, anda tidak perlu memakai pakaian seragam tertentu. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan di dalam panduan komuniti kami, sila teruskan untuk berpakaian kemas ketika memandu, contoh, seluar panjang, kemeja-T dan kasut.

3. Adakah saya perlu mendapatkan SOCSO?
WAJIB. Setiap pemandu perlu daftar untuk SOCSO. Rujuk pada laman web PERKESO untuk pendaftaran.

PENDAPAT ADMIN GRABDRIVERMY.BLOGSPOT.COM

Pada pendapat saya, ini memang agak menyusahkan bagi pemandu part-timer terutamanya kelas 6-jam. Tapi kita hanya boleh menganggap ia sebagai lesen memandu, susah sekali. (ingat lagi kita tertidur dalam kelas memandu 6-8 jam dulu)

Kos Permit E-Hailing (RM115) ditanggung Grab hanya jika anda pemandu Grab. Kepada syarikat E-hailing lain boleh rujuk kepada admin masing-masing

Puspakom Check ini kena hati-hati, pastikan anda baca checklist di atas sebelum rempuh untuk buat pemeriksaaan lepas itu rugi RM70.

Jangan lupa beli alatan: Grab pinjam percuma, rujuk post di bawah.
  1. Pemadam api (1kg) - Jenis ABC POWDER (RM40-60)
  2. Peti kecemasan (untuk kenderaan 8 tempat duduk); Admin guna Alza 7-seater tak perlu peti kecemasan.
  3. Tanda amaran segi tiga 
Spesifikasi 3 alatan di atas boleh rujuk page ini:
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:MKPNIqRAukQJ:www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Buku-Panduan-Pemeriksaan-Kenderaan-E-Hailing_-100419.pdf+&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my

Semua benda di atas boleh dibeli di LAZADA, Mr.DIY, Ace Hardware, FIRE FIGHTER, SRI dll.

Kedai Grab di dalam LAZADA.
http://grb.to/GrabxLazada

TETAPI update terkini(30th April 2019), GRAB akan meminjam kesemua alatan keselamatan kepada pemandu Grab. Pada pendapat admin, pemandu dinasihatkan untuk membeli alatan untuk keselamatan diri.

Mengikuti undang-undang MOT, Sekolah Memandu tidak boleh caj harga lebih dari RM200. Anda berhak mengambil resit dan membuat aduan kepada MOT.

Admin akan cuba membuat PSV dan Puspakom dan update semula dalam blog post ini.

Borang Permohonan Pakej Pikul dan EVP Dari Grab

Bolehkah saya mendaftar Grab sekarang tanpa Lesen PSV sekarang?

Boleh tetapi anda hanya boleh mula pandu Grab selepas mendapat Lesen PSV.

Daftar dengan borang di bawah untuk memulakan proses pendaftaran Grab dan PSV anda. RM20 kredit percuma untuk pemandu yang berjaya diaktifkan dengan Lesen PSV.

Borang Pendaftaran Grab Driver Untuk Android/IOS:

Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk pendaftaran Grab Driver sahaja, click link di bawah untuk whatsapp admin. 
+60163168357 (BM, English, Mandarin)

Sila
 JANGAN whatsapp admin untuk bertanya soalan berkenaan PSV, rujuk post di atas.

Terima Kasih.

Comments