Cara Register GrabFood Rider Di Seluruh Malaysia (Aktif Akaun Dalam 5-Hari)
Cara Register GrabFood Rider Di Malaysia (Kemaskini 2024)
Langkah Daftar GrabFood Rider.
1) Kumpul lima (5) dokumen di atas dahulu dan ambil gambar yang jelas. Pastikan perkataan boleh dibaca di dalam gambar.
2) Klik link Borang Pendaftaran GrabFood dan isi butiran yang wajib.
3) Selepas hantar borang, admin pendaftaran akan WhatsApp anda untuk langkah seterusnya dalam masa 24-jam (Isnin - Jumaat). Pastikan anda mengikut aliran yang diberi di dalam WhatsApp supaya anda tidak bazir masa hadir pejabat GrabFood tanpa temujanji.
4) Proses keseluruhan akan mengambil anggaran 5 -14 hari termasuk semak latar belakang individu.
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN GRABFOOD RIDER (DELIVERY-PARTNER):
1) Warganegara Malaysia (MyKad Biru/MyTentera sahaja)2) Umur 18-69 Tahun3) Penunggang berumur 50 tahun dan ke atas wajib menjalankan pemeriksaan kesihatan4) Lesen Memandu Motor B/B2 yang aktif (Lesen L TIDAK layak)5) Memiliki Smartphone Android/IOS6) Tidak pernah bertugas sebagai GrabExpress/GrabCar/GrabTaxi7) Tidak mempunyai kes polis/mahkamah silam8) Tidak pernah disuspend/banned/terminate oleh Pihak Grab9) Menetap di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
1) Warganegara Malaysia (MyKad Biru/MyTentera sahaja)
2) Umur 18-69 Tahun
3) Penunggang berumur 50 tahun dan ke atas wajib menjalankan pemeriksaan kesihatan
4) Lesen Memandu Motor B/B2 yang aktif (Lesen L TIDAK layak)
5) Memiliki Smartphone Android/IOS
6) Tidak pernah bertugas sebagai GrabExpress/GrabCar/GrabTaxi
7) Tidak mempunyai kes polis/mahkamah silam
8) Tidak pernah disuspend/banned/terminate oleh Pihak Grab
9) Menetap di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN:
1) Kad Pengenalan2) Lesen Memandu (Aktif dan bukan L)3) Salinan Insuran Covernote Motosikal, muka surat yang mengandungi - Nama pemohon atau ALL RIDERS
- Model motosikal & nombor plate kenderaan
- Tahun pembuatan
- Tarikh luput insuran yang sah
4) Salinan Cukai Jalan/Roadtax5) Geran Motor (Untuk Motor baru)
Pemandu akan menjalani kursus dan ujian secara online. Semak dan hantar borang pendaftaran di bawah untuk langkah seterusnya.
1) Kad Pengenalan
2) Lesen Memandu (Aktif dan bukan L)
3) Salinan Insuran Covernote Motosikal, muka surat yang mengandungi
- Nama pemohon atau ALL RIDERS
- Model motosikal & nombor plate kenderaan
- Tahun pembuatan
- Tarikh luput insuran yang sah
4) Salinan Cukai Jalan/Roadtax
5) Geran Motor (Untuk Motor baru)
Pemandu akan menjalani kursus dan ujian secara online. Semak dan hantar borang pendaftaran di bawah untuk langkah seterusnya.
BORANG PENDAFTARAN GRABFOOD (KUALA LUMPUR SELANGOR)
https://bit.ly/grabfood_registration
PENGENALAN KEPADA GRABFOOD DI KUALA LUMPUR SELANGOR
Grabfood adalah satu perkhidmatan dari Grab dan bermula di Malaysia pada tahun 2018 selepas kejayaan dari perkhidmatan GrabCar. Hari ini, Grabfood dikenali sebagai salah satu platform penghantaran makanan yang terbaik di Malaysia.
Mulai 20hb Oktober, GrabFood rider boleh didaftar secara online. Inisiatif ini diambil oleh pihak Grab untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengurangkan kesesakan di pejabat Grabfood.
Untuk masa sekarang, hanya penunggang motosikal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor boleh mendaftar secara online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Berapakah modal saya perlu sediakan untuk daftar Grabfood rider?
Keseluruhan untuk pendaftaran adalah kos beg sahaja iaitu RM150. Untuk permulaan RM50 E-Pay topup, RM100 yang seterusnya akan ditolak melalui cash wallet dari job yang dilengkapkan selama 2-minggu (RM50 x 2 minggu).
Suntikan Typhoid (Kemaskini November 2020)
Mulai November 2020, suntikan Tifoid TIDAK diwajibkan untuk sementara waktu. Ini bermaksud rider baru hanya perlu hantar borang pendaftaran di atas dan tunggu temujanji untuk pengambilan beg GrabFood.
Ada jacket atau topi keledar untuk Grabfood?
Ada. Boleh request di Pejabat selepas account telah berjaya diluluskan
Beg Grabfood boleh pilih tak?
Tidak boleh. Bag yang diterima adalah mengikut model terkini sahaja.
Bolehkah saya tukar bag Grabfood?
Boleh. Kalau telah bertugas:
Lebih dari >9 bulan = PERCUMA
Kurang dari <9 bulan = RM150
Bolehkah saya tukar dari status HALAL ke NON HALAL ke GrabExpress?
Tidak boleh. Rider TIDAK BOLEH memilih jenis perkhidmatan. Rider WAJIB mengikut jenis perkhidmatan yang sedia-ada. Beg khusus untuk perkhidmatan HALAL, NON-HALAL dan GrabExpress akan disediakan.
Boleh tukar bandar bertugas?
Boleh. Selepas anda bertugas di bandar pendaftaran lebih >3 bulan dan melebihi 20 trips.
Ada penalti kalau telah mengambil beg Grabfood tetapi tak bertugas dalam 1 bulan?
Topup RM50 akan forfeit dan slot anda akan diberi kepada rider lain yang lebih berminat. Minimum 20 jobs dalam 30-hari selepas menerima beg Grabfood.
Berapakah komisen Grab akan ambil dari GrabFood rider?
0%. Pihak Grab tidak akan menolak komisen dari tambang yang diterima rider.
Boleh bertugas di luar kawasan pendaftaran (KL SELANGOR)?
Tidak boleh.
Cara dan proses bayaran GrabFood?
Semua bayaran dan transaksi akan dilakukan melalui GrabPay sahaja. GrabFood tidak mempunyai transaksi tunai.
Gaji dan pendapatan GrabFood rider?
Secara purata, tambang asas setiap penghantaran adalah RM4-RM10 terpulang kepada jarak dan lokasi. Bonus tambahan akan diberi pada waktu sibuk atau di kawasan permintaan tinggi.
GrabFood ada jadual waktu kerja seperti syarikat lain?
Tiada. GrabFood rider boleh pilih bila nak kerja. Hanya perlu online di aplikasi dan bersedia di kawasan hotspot
Isu latar belakang seperti jenayah silam,mahkamah, saman pemanduan bahaya.
Pemandu WAJIB mempunyai latar belakang yang bersih tanpa kes polis. Tidak boleh mempunyai melebihi tiga (3) saman dalam 1 tahun atau sembilan (9) dalam 3-tahun.
Saya pernah pandu GrabCar/ GrabFood/ GrabTaxi/ UberEAT. Apa saya perlu buat?
Anda perlu hubungi Grab Existing Partner support 0327881300 semula untuk menyemak status account anda. Anda TIDAK PERLU membuat permohonan baru semula.
Saya ingin daftar GrabFood untuk restoran sahaja bukan daftar GrabFood rider.
Rujuk link ini untuk maklumat lanjut
KESELAMATAN DAN PERHATIAN
Pekerjaan GrabFood rider adalah salah satu kerjaya yang berisiko tinggi. Justeru itu, rider GrabFood diseru sentiasa mematuhi peraturan dan keselamatan di atas jalanraya, sentiasa memakai topi keledar dan baju perlindungan. Sekiranya anda berumur 21-tahun dan ke atas dan memiliki kereta. Rujuk post di bawah berkenaan pendaftaran GrabCar.
Pendaftaran GrabCar (Malaysia)
Beg GrabFood Hilang Atau Rosak Untuk Rider Lama.
Kepada rider GrabFood lama yang mengalami isu beg GrabFood hilang atau rosak? Boleh beli di link Shopee di bawah:
GrabFood V2
Source:
Saya dari johor..bagaimana nk mohon..andai sy diterima mcmana sy nk pergi ke hq dipj..skng pkp
ReplyDelete